Monday, June 28, 2010

Bosan sungguh!!!

Uwaaa....Rasa nak nangis bila bosan nih.. takde apa2 yang best kat tv pun. Ni lagi satu hal, dah le beruk band ni lembab sungguh. Penat betui aku tunggu nak loading/masuk satu2 page/website. Tak ujan pun ada masalah..geram betui

Nak kaco Si Boboy dia tido plak..kesian kat dia. Big boss balik keja pun lambat lagi. Aku nak kaco sape nih? Alahai bosan sungguh..tolonglah bagi aku idea apa nak buat bila bosan?

Nak tido, awal lagi..yang aku tau bila bosan nak makan je. Dah senak perut aku dok melantak dari tadi dah. Melantak sorang2 pulak tuh, tak best langsung!!! Alamatnya bertambah le berat aku kalo hari2 camnih..

Huh nak melalak sorang2 malam2 camnih, silap2 orang sebelah kata aku mengong. Tak pasal2 kena hantar spital lak..

Tolonglah nasihatkan aku yang bosan nih untuk buat yang ada pekdah ckittt.... uwwwaaaaaa

Saturday, June 19, 2010

Kisah seorang dia (suami orang)

Al-kisahnya semalam (Jumaat : 18 Jun 2010)


1) Kena ambik cuti sebab nak hantar isteri pegi interview:

- Interview di Alor Setar, bukanlah isterinya ngada-ngada sbb tak bleh pegi sendiri tapi isteri dia tak biasa ngan Alor Setar & ambik masa 2 jam gak untuk sampai. Isteri dia minta administrative secretary tapi position yang depa offer tu financial executive pastu nak kena training 2 hari lagi so isterinya tolak le offer tuh.


2) Nak guna motor, tayar pancit plak:

Lepas balik dari bw isteri interview, dia nak guna motor sbb nak g sembahyang Jumaat. Masjid takdelah jauh tapi kalo jalan kaki penat gak le panas2 nih. Kalo naik keta ngabihkan minyak je. Dah tayar pancit naik keta ajer laa..


3) Beli durian 5 bijik, sebijik je elok/bleh makan:

Beli durian masa nak on the way balik umah, ingat nak makan pulut durian, tengok2 sebijik je elok. Dia pun kuar beli durian kat tempat lain plak


4) Beli gas memasak tapi angin gas keluar:

Malam tu gas memasak dah habis so terpaksalah dia kuar gak sbb pagi sok isteri dia nak kena guna gak gas untuk memasak. Sampai umah, bile pasang je kepala gas tetiba angin gas kuar. Terpaksalah dia kuar balik untuk tukar gas yang baru. Rupa-rupanya kepala tong gas tu lain-lain saiz.


5) Nak minum air soya tapi tumpah plak:

Nih gara-gara isteri dia tuang air soya tak tengok cawan le. Dah le air soya tu tinggal sikit, isteri dia tuang atas lantai plak. Kesian dia dapat minum suku cawan pun tak sampai.


6) Kucing kencing atas tilam:

Dia ada tilam khas lepak kat depan tv. Senang nak baring-baring sambil tengok tv takdelah sakit belakang. Tetiba je datang kucing kesayangan yang comel tu pegi kencing. Hampeh tul…Hari ni kena basuh & jemur le tilam tuh


Agak-agak sapelah dia (suami orang) ni ye..Kesian betui kat dia. Macam-macam dan ada je tak kena…haaa..haaaa.. Dialah suami aku. Nasib le dia ni jenis sabar, cool lagi releks je. Rasa bertuahnya aku dapat dia..ahakss

Tuesday, June 15, 2010

Kenduri Oh Kenduri....

Dah seminggu cuti sekolah berlalu..nampaknya kenduri-kendara tak habis lagi. Yelah ni le masanya kebanyakan orang nak buat kenduri. Alasannya bleh le ramai yang datang bila kenduri nanti.

Tapi aku ni bukanlah seorang cikgu..huu..huuu..bestnye jadi cikgu ye. Macam-macam program bila cuti sekolah. Bleh le cikgu-cikgu ngabihkan masa ngan family pegi jalan-jalan bile cuti sekolah. Aku ni nak harap ujung minggu je isk..isk..isk..Kalo kenduri orang buat hari biasa, tak dapat le aku nak pegi.

Yang bestnye bila kenduri ni, tak payah le aku nak masak kat umah. Kalo malam bleh masak sempoi-sempoi je..kalo tak pening kepala aku nak fikir resepi yang terbest lagi tersedap (maklumlah aku bukan pandai masak pun..haaa..haaa). Bukak buku resepi pun blum tentu aku masak menjadi..Last-last bagi kat kucing ngan ayam je makan.

Pastu kat kenduri bleh tengok macam-macam fesyen n gaya orang.tgk ajerr n ambik idea ckit :-p ..Tgk pengantin ngan gubahan-gubahan yang diorg buat.Kadang-kadang dah ramai sangat orang datang sampai tak cukup tempat duduk. Terpaksalah tunggu turn org lain habis makan.

Aku paling suka kalo dapat pegi kenduri kat area Baling. Dapat makan gulai batang pisang. Ada gak diorg masak umbut kelapa sawit wat kerabu . Sedap tau..1st time makan tahun lepas le..sesekali dapat makan lauk kenduri lain dari yang biasa best gak. Sesapa yang nak wat kenduri masak gulai batang pisang n kerabu umbut kelapa sawit jangan le lupa ngajak aku nih...

Saturday, June 12, 2010

* Lagu Untuk Hubby *



Tercipta Untukku ~ Ungu

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
membuat ku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku

banyak kata
yang tak mampu kuungkapkan
kepada dirimu

Chorus:
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
sepanjang hidupku

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tahu
ku slalu milikmu
yang mencintaimu
sepanjang hidupku

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
ku slalu milikmu
yang mencintaimu
~Moga kasih sayang kite hingga akhir hayat di bawah RahmatNya~

Friday, June 11, 2010

Sihir Pembenci / Pemisah

Seram gak le aku dengar tajuk ni kat program Semanis Kurma di TV9 malam tadi..ni adalah salah satu rancangan TV yang aku suka le. Tambah-tambah tengok muka pasangan suami isteri Ustazah Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akashah tu sejuk je mata memandang..bahagia dan bestnye

Di zaman sekarang ni pun masih ada orang yang mengamalkan sihir untuk menghancurkan hidup orang lain disebabkan sikap iri hati / dengki / sakit hati dan yg sewaktu dengannya.

Antara tanda2 terkena sihir:
-Melalui mimpi:
1) Jatuh dari tempat yang tinggi (bila terjaga rasa terkejut sangat)
-Aku pernah gak mimpi terkejut sebab terjatuh tapi bukan tempat yang tinggi le..
2) Kena patuk ular
-Ha...jangan ingat mimpi kena patuk ular ni orang nak masuk meminang kite.. tapi ntoh2 dah terkena gangguan syaitan / disihir
-Contoh-contoh lain cam bergaduh sebab hal kecik je, bila tengok pasangan rasa benci je tanpa sebab, nampak pasangan cam monyet, bila tido bersama rasa gatal2 badan le

Untuk elak terkena sihir:
1) Banyakkan berdoa kepada Allah kerana Allah adalah pelindung terbaik untuk kite
2) Selepas solat 5 waktu baca ayat Kursi
3) Sebelum tido baca ayat kursi dan tiga Qul ( Surah An-Nas, Surah Al-Falaq dan Surah Al-Ikhlas)

Sama-samalah kite berdoa moga kite dilindungi oleh Allah daripada segala malapetaka, sikap hasad dengki makhluk-makhluknya yang jahat.

Kepada pengamal sihir semoga mereka diberi hidayah oleh Allah dan bertaubat

Tuesday, June 8, 2010

Panas sungguh la..

Nape la hari-hari rasa panas je kat Padang Serai ni.. bestnye dapat balik kg.. bleh rasa angin bendang ngan laut. Huh..baru je minggu lepas balik, tak kan nak balik lagi kot..cian kat big boss plak. Penat keje lagi pastu nak bawak aku balik kg plak..tak bleh la. Lagi pun boring plak mak tgk muka aku tiap2 minggu nanti..ahakss

Heran betui aku umah taman ni panas, dulu aku pernah gak dok umah taman kat Puchong tapi tak le panas cam Padang Serai nih. Mungkin kedudukan umah pun bleh jadi umah jadi panas kot..ntoh le. Hujan pun jarang-jarang turun, tak macam Kulim. Kalo ujan turun pun kejap je..

Apa-apa pun bersyukurlah ada gak umah untuk berlindung daripada aku dok atas pokok ke..bawah jambatan ke.. Betullah kite kena bersyukur dengan apa yang ada, sebab ada org yang mungkin kurang bernasib baik daripada kite.

Aku bukan tak bersyukur tapi rasa panas je yang buat tak best.. nak tido ke..nak buat keje ke..sume tak best. Kipas nak kena pasang atas bawah lagi..tu je. Boboy pun tau rasa panas sebab tu dia selalu tido kat bilik air / atas lantai simen. Sabar aje lah dengan rasa panas ni..