Thursday, February 10, 2011

Carik Syiling Lama


Semalam balik je dari keje tetiba husband aku suruh carik koleksi syiling lama dia. Takdelah banyak sangat, dalam rm800 jer. Kalo aku, dah lama aku tukar syiling tuh sebab malas nak berat2kan dompet. Aku pun tolong le bukak tabung2 tin dia yang ada tuh. Ha..nak tau nape dia carik syiling tuh?

Ada sorang kawan dia dari Sabah bagitau, ada satu kedai pajak gadai emas di Sabah nak beli syiling lama dengan harga yang tinggi gak le. Syiling yang dia carik:
1) Syiling 50 sen tahun 1975 & 1976 ~ harga rm3k (sekeping)
2) Syiling 20 sen & 10 sen tahun 1971&1972 ~ harga rm1k (sekeping)

Hui bleh tahan gak harga diaorg nak beli...kalo dapat byk bleh kayo. Huh aku jumpak syiling 20 sen 2 keping tahun 1971 jer..yang banyak tahun 1973 dan 80an. Husband aku takde niat nak jual pun syiling lama dia. Saje buat koleksi menyemakkan bilik jer..heee..heeeee. Kitaorg saje je carik sbb nak tgk berapa yang ada dalam simpanan. Kalo byk sgt bleh le jual..

Aku nih macam tak caya jerk dengan harga syiling lama tuh..ntoh le. Tapi aku ada tertengok forum yang sorang mamat tuh carik syiling 50 sen dengan harga rm500. http://forum.lowyat.net/topic/1585284

Wednesday, February 2, 2011

Happy Chinese New Year



Huh bising betui la malam nih dengan bunyi mercun..biasalah raya. Kalo takde mercun dengan bunga api rasa tak meriah plak. Yang tak syoknye anak aku nak tido pun tak bleh..kejap2 jaga sebab terkejut. Kesian dia tau..

Dari minggu lepas tak habis2 lagi aku makan limau..biasalah dapat limau free. Adik aku kenduri minggu lepas pun pakai buah limau gak, maklumlah kawin sempena tahun baru cina. Telur untuk pengantin jer...Petang tadi pun dok melantak limau mandarin sampai batuk-batuk. Tu le kalo melantak tak hingat-ingat. Padan muke heee..heeeeeee

Sok pagi2 nak gi umah Mak Ngah lak...sepupu bertunang. Cina dok raya, masa ni le kite nak buat kenduri ke..bertunang ke.. sebab dah ada cuti. Kalo buat cuti sekolah bleh gak tapi selalu bertindan kenduri dengan orang lain.

Sempena Chinese New Year saye nak ucapkan Happy Chinese New Year n wish u all a great 2011 ahead buat Wendy, Chia Sing, Lai Kuan, Tifferny, Tuck Hou, Wei Leong, Poh Moey and Jason. Sorry ang pow takde ye..