Wednesday, February 17, 2016

Udah bersawang yeee

Adoiii...lama betoi aiih tak update blog. busy banggat nih keh keh keh


nanti ada masa I update yoooo


hari ni xbleh tdo punya pasal, pehtu nak cari blog lain tetiba masuk cni keh keh keh


can cin caauuuu





Friday, November 1, 2013

PPC (Pay Per Cliks) Paling Sempoi


                           Di sini aku nak citer pasal Pay Per Clik yang paling sempoi kat Malaysia ni..baru lagi aaarrr. Nak cube bleh, free je tak perlu bayar apa2.

                          Dengan setiap klik yang dihasilkan, kite akan dibayar RM0.15, tinggi tu nilai untuk 1 klik.....semakin banyak klik kite dapat, semakin banyak komisyen akan dibayar pada hujung bulan nanti.

                         Cash out pun senang. Sebaik sahaja kite berjaya mengumpul min 100 klik atau bersamaan RM15.00. Komisyen akan dibayar terus ke akaun bank. Kepada sape2 nak cuba bleh la..free je tak rugi apa-apa pun. bleh register DISINI



Saturday, January 5, 2013

Susahnya nak dapat apa yang kite nak :-( (Minta pendapat anda)




Tetiba tajuk nih keluar...Sebenarnya, aku tengah sedih. Ntohle...sedih sebab apa2 yang aku hendak selama ni susah sangat nak dapat. Terrrlalu susah sangat nak dapat. Persoalan-persoalan yang selalu ada dalam hati aku:

Teruk sangatkah aku nih?? 
Kenapa aku tak layak?? 
Tak cukup ke doa2 aku sebelum ni?? 
Kenapa dan mengapa doa aku susah sangat dimakbulkan Allah? 
Apakah dosa-dosa aku jugak tidak diiampunkanNya?

Kalo doa permintaan aku pun tak dimakbulkan, macamna dengan dosa-dosa aku? Sedihnya...Aku pernah minta, andainya kehidupan aku pada masa akan datang lebih teruk, cukuplah perjalanan hidup aku sampai di sini. Aku tak mahu untuk terus hidup dengan dosa-dosa yang tidak pernah diampunkan.

Ye...aku faham yang Allah hanya bagi benda yang kite perlu dan layak sahaja. Allah tak akan beri apa yang kita hendak kerana ia Maha Mengetahui sesuatu yang baik/buruk untuk kite.

Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang ada tapi kadang2 hati kecik ni rasa sedih/terkilan dengan apa yang berlaku disekeliling.

Aku amat2 berharap yang aku akan mati dalam iman dan dosa-dosa aku diampunkan Allah sebelum aku mati nanti.

Tologlah nasihatkan aku untuk tidak selalu bersedih disebabkan permintaan aku susah dimakbulkan Allah.

Saturday, July 14, 2012

Kucing oh kucing!!!




            Aku tak tau le...hari-hari mesti ada kucing mai umah aku. Ntohle sape2 punya kucing. Kucing sesat lagi banyak. Kadang-kadang kucing yang sama plak tuh. Masa kecik-kecik dulu n sebelum ada anak ni, aku suka gak le kat kucing nih tapi bila dah ada anak sendiri rasa maleh nak layan kucing nih. Buat semak umah je..pandai menyelongkaq pulak tuh. Pantang aku siang ikan, mesti dia mai punya. Kuat sungguh deria bau dia. Kadang-kadang siap lepak sambil berguling-guling ngan bapak,anak n cucu dia kat belakang umah aku. Nak lepak tuh, aku tak kisah pun tapi nyampah bila pandai masuk umah n menyelonggar.

            Apa yang aku perhatikan adalah..kucing nih, kalo kita biasa bagi makan kat dia. dia akan mai umah kita je untuk mintak makan lagi. Huh malas betui nak berusaha carik sendiri..Nak makan tuh aku tak kisah, ada rezeki lebih aku bagi le ckit.Pastu kalo dah biasa masuk umah, dia kira nak masuk je. Dah takde malu-malu dah...mula2 tuh malu-malu kucing le, lepas dah dapat peluang dia jadi harimau (kira nak terkam je apa yang ada)

            Pernah satu hari aku jalan2 kat belakang taman umah aku nih, pastu terjumpa le kucing yang selalu mai melepak kat umah aku. Tetiba dia mengiau bila nampak muka aku nih. Mungkin dia tegur aku kot..( pi mana? sesat ke tak jumpak umah?) hee...heeee..Pastu kucing tuh bleh ikut aku balik umah, laju je dia jalan sampai pintu belakang umah. Macamle aku taktau umah aku kat mana..Huh.. apa2 pun kadang2 gelagat kucing nih buat aku gelak sorang2 hee..heeee...

Tuesday, July 10, 2012

Interview di Intel

                                           Intel Kulim


Hari ni aku ada interview di Intel Kulim untuk material buyer position. Sepatutnya interview tuh pukul 2 ptg tapi diaorang tukar ke 3.30ptg. Oklah tu sebab nasib baik tak awal

Pukul 1 t/hari aku hantar anak dekat umah mak mertua. Apa bleh buat takde orang nak jaga, terpaksalah mintak tolong mak mertua. Pukul 2.30ptg jer aku terus pegi ke Intel di KM3.Takut lambat sampai, lagi pun aku bukan tau sangat tempat-tempat di Kulim Hi-Tech tuh. Sampai jer aku terus ke lobby KM3.Tunggu punya tunggu pukul 3.45ptg baru turn aku untuk diinterview

Ada 3 orang interviewer. Mula-mula biasalah kena introduce yourself le..pastu diaorg tanya apa previous experience kita..bantai ajer la aku jawab.Tapi betullah kawan aku kata, diorang akan tanya more to technical. lepas habis kena bantai baru diorang bagitau apa job scope kita. Kalo kita berminat dengan jawatan tu, diaorang akan tanya kenapa kita minat & apa job scope yang kita minat tu sebelum diorang bagitau (diorang nak tau kite betul2 minat n bleh buat keja tu tak)

Last sekali diaorg plak mintak kita tanya soalan kat diorang. Tu ajer..sape2 nak interview kat Intel pandai-pandai le korang cakap, yang penting english kena bagus le..Aku punya english tahap budak darjah 3 je haaa....haaaaa...oh my english !!!kalo silap cakap korang kena bantai pulak haa...haaaaaa..(takdelah..tipu ajer). Aku takdelah mengharap sangat tapi kalo ada rezeki Alhamdulillah.

Oklah sapa2 yang pernah interview kat Intel bleh share dengan aku gak kat sini gak

Thursday, February 10, 2011

Carik Syiling Lama


Semalam balik je dari keje tetiba husband aku suruh carik koleksi syiling lama dia. Takdelah banyak sangat, dalam rm800 jer. Kalo aku, dah lama aku tukar syiling tuh sebab malas nak berat2kan dompet. Aku pun tolong le bukak tabung2 tin dia yang ada tuh. Ha..nak tau nape dia carik syiling tuh?

Ada sorang kawan dia dari Sabah bagitau, ada satu kedai pajak gadai emas di Sabah nak beli syiling lama dengan harga yang tinggi gak le. Syiling yang dia carik:
1) Syiling 50 sen tahun 1975 & 1976 ~ harga rm3k (sekeping)
2) Syiling 20 sen & 10 sen tahun 1971&1972 ~ harga rm1k (sekeping)

Hui bleh tahan gak harga diaorg nak beli...kalo dapat byk bleh kayo. Huh aku jumpak syiling 20 sen 2 keping tahun 1971 jer..yang banyak tahun 1973 dan 80an. Husband aku takde niat nak jual pun syiling lama dia. Saje buat koleksi menyemakkan bilik jer..heee..heeeee. Kitaorg saje je carik sbb nak tgk berapa yang ada dalam simpanan. Kalo byk sgt bleh le jual..

Aku nih macam tak caya jerk dengan harga syiling lama tuh..ntoh le. Tapi aku ada tertengok forum yang sorang mamat tuh carik syiling 50 sen dengan harga rm500. http://forum.lowyat.net/topic/1585284

Wednesday, February 2, 2011

Happy Chinese New Year



Huh bising betui la malam nih dengan bunyi mercun..biasalah raya. Kalo takde mercun dengan bunga api rasa tak meriah plak. Yang tak syoknye anak aku nak tido pun tak bleh..kejap2 jaga sebab terkejut. Kesian dia tau..

Dari minggu lepas tak habis2 lagi aku makan limau..biasalah dapat limau free. Adik aku kenduri minggu lepas pun pakai buah limau gak, maklumlah kawin sempena tahun baru cina. Telur untuk pengantin jer...Petang tadi pun dok melantak limau mandarin sampai batuk-batuk. Tu le kalo melantak tak hingat-ingat. Padan muke heee..heeeeeee

Sok pagi2 nak gi umah Mak Ngah lak...sepupu bertunang. Cina dok raya, masa ni le kite nak buat kenduri ke..bertunang ke.. sebab dah ada cuti. Kalo buat cuti sekolah bleh gak tapi selalu bertindan kenduri dengan orang lain.

Sempena Chinese New Year saye nak ucapkan Happy Chinese New Year n wish u all a great 2011 ahead buat Wendy, Chia Sing, Lai Kuan, Tifferny, Tuck Hou, Wei Leong, Poh Moey and Jason. Sorry ang pow takde ye..