Saturday, January 5, 2013

Susahnya nak dapat apa yang kite nak :-( (Minta pendapat anda)




Tetiba tajuk nih keluar...Sebenarnya, aku tengah sedih. Ntohle...sedih sebab apa2 yang aku hendak selama ni susah sangat nak dapat. Terrrlalu susah sangat nak dapat. Persoalan-persoalan yang selalu ada dalam hati aku:

Teruk sangatkah aku nih?? 
Kenapa aku tak layak?? 
Tak cukup ke doa2 aku sebelum ni?? 
Kenapa dan mengapa doa aku susah sangat dimakbulkan Allah? 
Apakah dosa-dosa aku jugak tidak diiampunkanNya?

Kalo doa permintaan aku pun tak dimakbulkan, macamna dengan dosa-dosa aku? Sedihnya...Aku pernah minta, andainya kehidupan aku pada masa akan datang lebih teruk, cukuplah perjalanan hidup aku sampai di sini. Aku tak mahu untuk terus hidup dengan dosa-dosa yang tidak pernah diampunkan.

Ye...aku faham yang Allah hanya bagi benda yang kite perlu dan layak sahaja. Allah tak akan beri apa yang kita hendak kerana ia Maha Mengetahui sesuatu yang baik/buruk untuk kite.

Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang ada tapi kadang2 hati kecik ni rasa sedih/terkilan dengan apa yang berlaku disekeliling.

Aku amat2 berharap yang aku akan mati dalam iman dan dosa-dosa aku diampunkan Allah sebelum aku mati nanti.

Tologlah nasihatkan aku untuk tidak selalu bersedih disebabkan permintaan aku susah dimakbulkan Allah.

1 comment:

Oopss_RaRaRieta said...

dont give up untuk teruskan kehidupan, dugaan yang memberikan kita kematangan. dan sentiasa amalkan, bangun tido "reset minda kita orang yang diuji" senyum2x selalu :D