Friday, May 28, 2010

Siapakah Anda?

RENUNGAN BERSAMA


1]Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


2]Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


3]Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


4]Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta (menambah2kan harta).


5]Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.


6]Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


7]Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


8]Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kubur menghimpitnya.


9]Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


10]Siapakah orang yang bijak?
Orang yg bijak ialah orang yang tidak membiar atau membuang ilmu pengetahuan yang ada/diperolehi , malah dia akan menyampaikan pula pada orang lain.

Monday, May 24, 2010

Boboy Hilang!!!

Uwaa...sedih betui aku, Boboy hilang. Petang tu aku nampak Boboy main bawah pokok mempelam kat umah jiran. Sekali-sekala dapat kuar umah best gak. Bleh main/tengok macam-macam.

Tetiba aku dengar kucing bergaduh. Rupa-rupa ada sekor kucing jantan kaler oren marah kat Boboy sebab lepak kat port dia kot. Tak sempat aku nak halau kucing hampeh tu...Kucing tu kejar Boboy yang aku tak pasti arah tuju nya.

Aku cuba cari Boboy tapi tak jumpa pun. Malam tu aku tak bleh tido. Aku tak habis-habis minta doa moga tuhan temukan aku ngan Boboy nanti. Kejap-kejap terbangun dan rasa sedih sangat-sangat. Aku teringat yang Boboy suka kaco aku tido dan temankan aku masak pagi-pagi kat dapur.

Pagi2 lagi kul 4.30 pagi aku bukak pagar umah dan panggil nama Boboy. Aku ada terdengar bunyi loceng tapi tak nampak kucing pun. Gelap sangat kat luar tuh..

Aku masuk balik dalam umah dengan rasa sedih... aku masak awal le pagi tuh sebab tak bleh tido dah. Biasanya aku bangun tido kul 6 pg. Boboy punya pasai aku bangun awal gilo le

Kul 8 pagi aku kuar buang sampah dengan harapan aku akan jumpa Boboy kat umah jiran. Sedih betui aku tak nampak dia pun. Kucing lain banyak le..lepas buang sampah, aku tawaf deretan umah teres yang ada.

Aku panggil nama Boboy cam orang kehilangan anak plak. Tetiba aku dengar suara kucing tapi tak nampak rupanya (biasanya Boboy susah nak menyahut bila aku panggil). Aku cari suara tuh..aku nampak Boboy duduk kat atas rak kasut umah jiran ke-5 aku. Sedih betui tengok dia sebab kotor sangat dan kuku kaki dah patah.

Lepas sampai umah, aku bagi makan dan mandi Boboy. Kesian dia, dia tgk je muka aku yang sedih tak habis-habis lagi. Camne pun aku amat2 berterima kasih dan bersyukur kepada Allah kerana doa aku dimakbulkan untuk dipertemukan semula dengan Boboy kucing kesayangan aku. Esok2 kalo aku dah ada anak, tak tau le camne plak. Kucing hilang pun rasa tak senang duduk

NeoBux

NeoBux ni diperkenalkan oleh kawan aku 2 bulan yang lalu. Kepada sesiapa yang berminat bleh cuba le. Free je kalo nak join. Kepada sape2 yang dah lama join mungkin dah dapat hasilnya.

NeoBux memang diakui ramai blogger diseluruh dunia antara PTC (paid to click) yang terbaik dunia.Tidak seperti program PTC yang lain,kebanyakkannya SCAM atau lebih tepat tidak membayar dan sebab itu NeoBux mampu bertahan sampai sekarang.

Artikel kali ini aku nak terangkan seberapa ringkasnya apa itu NeoBux dan bagaimana kita boleh buat duit dengannya tanpa perlu mengeluarkan 1 sen pun dari wallet. Ingat! tanpa MODAL!

Apa itu NeoBux?

Neobux merupakan program PTC (paid to click) sama juga dengan PTC yang lain, iaitu program yang membayar ahlinya hanya untuk melihat iklan sahaja.Masa untuk kita melihat iklan itu diantara 7-10 saat bergantung kepada iklan yang diberi. Selesai sahaja melihat iklan,secara automatik earning akan dikreditkan kedalam akaun NeoBux korang.

Perlu juga kita tahu,banyak website PTC yang menawarkan sistem seperti NeoBux. Dan ramai yang sudah tertipu (tidak membayar ahlinya).Berbeza dengan neobux yang terbukti sudah membayar kepada ahlinya.

Bagaimana Untuk Mendaftar?

Senang je, hanya perlu masuk ke laman web Neobux dan klik link Register untuk mulakan pendaftaran.

Untuk mendaftar dengan NeoBux, sila klik dekat SINI

SEMOGA BERJAYA :-)

Friday, May 7, 2010

Alahai Boboy

Si Boboy yang suka main dalam toilet

Sapelah Boboy ni ye...Boboy ni le peneman setia aku di rumah. Nama Boboy tu adik ipar aku yang bagi. Ikutkan hati aku nak panggil Oren je sebab bulu ngan mata dia kaler oren...Kecik-kecik dulu masa dia masih menyusu lagi dah letak nama Boboy so aku pun panggil Boboy le

Boboy ni kucing jantan, umur pun baru je 4 bulan. Aktif sangat sampai dia selalu buat aku penat. Suka sangat tangkap binatang kecik-kecik cam lalat, katak tapi penakut. Penakut dengan budak-budak dan kucing lain, walaupun kucing lain tu lebih kecik dari dia.

Boboy ni tahu nama dia tapi tak pandai nak menyahut bila aku panggil. Bila aku panggil dia akan tengok je, berbunyi bile time lapar je so aku letak rantai loceng kat leher dia, senang ckit nak cari kalo dia hilang.

Bile malam dia akan tdo ngan aku. Kadang-kadang rimas gak sebab ekor dia yang panjang tu selalu diletakkan atas muka aku. Buat aku lemas je..dah le tido berbunyi macam orang. Seminggu sekali mesti Boboy kena mandi, kasi wangi sikit ahakss...

Hobi terbaru Boboy suke main dalam toilet. Hari tu aku letak lidi dalam lubang toilet lepas ukur ekor dia sebab aku nak ajar dia berak dan kencing dalam toilet tu. Dia tetap kencing dalam bekas pasir dia gak..camne nak buat tu?? Dia suke sangat main dalam lubang toilet tu..kadang-kadang sampai tertidur kat ctu, geram aku.

Apa-apa pun kalo Boboy takde mesti aku sunyi/boring giler dok umah...alahai Boboy....


Thursday, May 6, 2010

Blog dan Aku

Hari Pertama Aku create Blog

Inilah hari pertama aku create blog. Saje suka-suka. Aku bukan pandai nak create & tulis blog pun..boring punye pasal tetiba datang idea nak create blog sendiri. Kadang-kadang aku suka baca tulisan2 dari blog orang lain. Ada yang kelakar, sedih , meluahkan perasaan pun ada gak..macam-macam ada. Mungkin ada yang boring cam aku gak jadi diaorang tulis le apa2 aje yang diaorang suka.

Apa-apa pun, itulah namanya kehidupan. Selagi hidup, selagi dan selama itulah kite akan alami macam-macam ragam orang, cubaan hidup yang kite pun tak pasti bila akan berakhir.......