Saturday, June 19, 2010

Kisah seorang dia (suami orang)

Al-kisahnya semalam (Jumaat : 18 Jun 2010)


1) Kena ambik cuti sebab nak hantar isteri pegi interview:

- Interview di Alor Setar, bukanlah isterinya ngada-ngada sbb tak bleh pegi sendiri tapi isteri dia tak biasa ngan Alor Setar & ambik masa 2 jam gak untuk sampai. Isteri dia minta administrative secretary tapi position yang depa offer tu financial executive pastu nak kena training 2 hari lagi so isterinya tolak le offer tuh.


2) Nak guna motor, tayar pancit plak:

Lepas balik dari bw isteri interview, dia nak guna motor sbb nak g sembahyang Jumaat. Masjid takdelah jauh tapi kalo jalan kaki penat gak le panas2 nih. Kalo naik keta ngabihkan minyak je. Dah tayar pancit naik keta ajer laa..


3) Beli durian 5 bijik, sebijik je elok/bleh makan:

Beli durian masa nak on the way balik umah, ingat nak makan pulut durian, tengok2 sebijik je elok. Dia pun kuar beli durian kat tempat lain plak


4) Beli gas memasak tapi angin gas keluar:

Malam tu gas memasak dah habis so terpaksalah dia kuar gak sbb pagi sok isteri dia nak kena guna gak gas untuk memasak. Sampai umah, bile pasang je kepala gas tetiba angin gas kuar. Terpaksalah dia kuar balik untuk tukar gas yang baru. Rupa-rupanya kepala tong gas tu lain-lain saiz.


5) Nak minum air soya tapi tumpah plak:

Nih gara-gara isteri dia tuang air soya tak tengok cawan le. Dah le air soya tu tinggal sikit, isteri dia tuang atas lantai plak. Kesian dia dapat minum suku cawan pun tak sampai.


6) Kucing kencing atas tilam:

Dia ada tilam khas lepak kat depan tv. Senang nak baring-baring sambil tengok tv takdelah sakit belakang. Tetiba je datang kucing kesayangan yang comel tu pegi kencing. Hampeh tul…Hari ni kena basuh & jemur le tilam tuh


Agak-agak sapelah dia (suami orang) ni ye..Kesian betui kat dia. Macam-macam dan ada je tak kena…haaa..haaaa.. Dialah suami aku. Nasib le dia ni jenis sabar, cool lagi releks je. Rasa bertuahnya aku dapat dia..ahakss

No comments: