Friday, June 11, 2010

Sihir Pembenci / Pemisah

Seram gak le aku dengar tajuk ni kat program Semanis Kurma di TV9 malam tadi..ni adalah salah satu rancangan TV yang aku suka le. Tambah-tambah tengok muka pasangan suami isteri Ustazah Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akashah tu sejuk je mata memandang..bahagia dan bestnye

Di zaman sekarang ni pun masih ada orang yang mengamalkan sihir untuk menghancurkan hidup orang lain disebabkan sikap iri hati / dengki / sakit hati dan yg sewaktu dengannya.

Antara tanda2 terkena sihir:
-Melalui mimpi:
1) Jatuh dari tempat yang tinggi (bila terjaga rasa terkejut sangat)
-Aku pernah gak mimpi terkejut sebab terjatuh tapi bukan tempat yang tinggi le..
2) Kena patuk ular
-Ha...jangan ingat mimpi kena patuk ular ni orang nak masuk meminang kite.. tapi ntoh2 dah terkena gangguan syaitan / disihir
-Contoh-contoh lain cam bergaduh sebab hal kecik je, bila tengok pasangan rasa benci je tanpa sebab, nampak pasangan cam monyet, bila tido bersama rasa gatal2 badan le

Untuk elak terkena sihir:
1) Banyakkan berdoa kepada Allah kerana Allah adalah pelindung terbaik untuk kite
2) Selepas solat 5 waktu baca ayat Kursi
3) Sebelum tido baca ayat kursi dan tiga Qul ( Surah An-Nas, Surah Al-Falaq dan Surah Al-Ikhlas)

Sama-samalah kite berdoa moga kite dilindungi oleh Allah daripada segala malapetaka, sikap hasad dengki makhluk-makhluknya yang jahat.

Kepada pengamal sihir semoga mereka diberi hidayah oleh Allah dan bertaubat

No comments: